Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia
akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan
mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak pernah ditinggalkan, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya
saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari
Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, ghibah (menggunjing & sebagainya maka anak itu akan ditanya dan
dipertangungjawabkan di akhirat
kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan
peranan mereka.

Firman ALLAH SWT :
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN
DAN BATU-BATU…”

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Semoga Tulisan Ini Bermanfaat bagi Semua

(dari http://www.facebook.com/Trans7.Brownies?ref=stream)